SK Felda Bukit Damar
Lanchang, Pahang Darul Makmur
KOD : CBA7141 | Email : cba7141@moe.gov.my | Tel : 092804402
contact@myskbd.edu.my
Diadakan pada 18 Ogos 2023 , hari jumaat. Ibubapa telah berkongsi rezeki menyediakan menu untuk anak-anak setiap kelas. Terima kasih daun keladi, moga murah rezeki, nanti akan berkongsi lagi 😍.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2022 dan
PROGRAM HIP (BAHASA INGGERIS)
Hari : Rabu
Tarikh : 17 Ogos 2022
Masa : 9.10 - 10.10 pagi
Tempat : Pentas Perdana & Dewan Sri Damar.
Lagi gambar 1 : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.8517591358267104&type=3
Lagi gambar 2: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.8517611261598447&type=3
Lagi gambar 3: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.8575997642426475&type=3
TAHNIAH..!!
Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Pahang 2022
Kategori Silat Tanding/Olahraga B12
- Penyertaan Silat dari SK Felda Bukit Damar seramai 23 orang
Pencapaian :
3 EMAS
3 PERAK
3 GANGSA
- PESILAT TERBAIK PUTRI B12
( Nurlin Solehah Binti Mohd Shariman)
3 EMAS
- Nur Afrina Alya Binti Ismadi
- Muhammad Shafie bin Mohamad Fadil
- Nurlin Solehah Binti Mohd Shariman
( Akan mewakili Pahang ke Peringkat Kebangsaan)
3 PERAK
- Putera Adam bin Khuzaimi
- Puteri Damia Yasmin Binti Ismail
- Nur Aisyah Syafina Binti Mohd Hairi
3 GANGSA
- Muhammad Rifzal Khan bin Abdullah
- Muhammad Aniq Mikhail bin Mohammad Skuri
- Zulaikha Aimina Binti Mohd Nizam
- Nurul Najwa binti Hazlan
DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
Program NILAM Online (Nadi Ilmu Amalan Membaca) @ IQ-NILAM
Makluman untuk para ibu bapa, bermula tahun 2021 ini, semua murid akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my
Anak-anak amat digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini.
TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG
TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM 2013 - 2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan.
DidikTV KPM merupakan TV Pendidikan melalui rangkaian televisyen pendidikan Malaysia yang dimiliki, dihasilkan dan dikendalikan oleh usaha sama antara Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad. Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah.
EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid -murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.
SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan melancarkan SATU pasukan guru yang menjadikan YouTube sebagai medium penyampaian dan berkongsi hal ehwal pembelajaran dengan lebih berkesan dan kreatif.
GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal MyGovUC
Bilangan pelawat :