EN. AHMAD SHAKRI BIN HAMZAH
(GURU BESAR)
gb@myskbd.edu.my
PN. RAHIMAH BT ARSHAD
(GPK 1)
gp1@myskbd.edu.my
PN. ROKIAH BT HARUN
(GPK HEM)
gphem@myskbd.edu.my
EN. KHAIRULZAIDI BIN DAUD
(GPK KOKO)
gpkoko@myskbd.edu.my
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT DAMAR
ALAMAT : 28500 LANCHANG, PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TELEFON : 09-2804402
NO. FAKS : 09-2804402
EMAIL : CBA7141@moe.gov.my
KOD SEKOLAH : CBA7141
PPD : TEMERLOH
BANK : CIMB MENTAKAB
MULA BUKA : TAHUN 1979
SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA
BILANGAN KELAS 12 KELAS ( 1 PRASEKOLAH )
VISI :
“Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera”
MISI :
“Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi
AspirasiNegara”
Felda Bukit Damar adalah diantara beberapa buah rancangan tanah yang dimajukan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke Tiga. Di awal tahun 1977, peserta tanah rancangan mula mendiami tanah rancangan ini.
Beberapa kemudahan asas telah diwujudkan seperti masjid, klinik, balai raya dan sekolah agama. Namun begitu, sekolah bagi anak-anak peneroka mendapatkan pendidikan secara formal masih belum didirikan.
Justeru itu, oleh kerana tiada pilihan lain, maka anak-anak peneroka terpaksa ke Sekolah Kebangsaan Bolok yang jaraknya 10km dari Felda Bukit Damar. Ketika itu, jalan hubungan amatlah teruk dengan becak dan berlumpur semasa musim hujan dan berdebu pada musim panas.
Dengan kerjasama diantara ibubapa di Felda Bukit Damar maka mereka merayu kepada kerajaan agar diwujudkan sebuah sekolah disini. Walaupun bangunan sekolah masih belum wujud, tetapi pihak Felda telah bersedia meminjamkan bangunan sekolah agama yang berhampiran dengan masjid untuk dijadikan bangunan sekolah sementara.
Dengan itu, pada 8 Januari 1979, sekolah yang diimpikan telah menjadi nyata. Encik Ahmad bin Yahya telah mencatatkan sejarah dimana beliau telah menjadi guru besar pertama bagi sekolah ini bersama-sama enam orang guru penolong. Ketika itu, bangunan sementara ini mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar tanpa kantin dan tandas. Jumlah pelajarnya adalah seramai 169 orang.
Oleh kerana kekurangan bilik darjah, sesi persekolahan terpaksa berjalan melalui dua sesi itu pagi dan petang. tiga kelas di sesi pagi dan tiga kelas lagi pada sesi petang. Banguna sekolah baru yang lebih moden dan canggih untuk kemudahan dan keselesaan pelajarnya telah siap dan telah digunakan pada tahun 2004 hingga kini dengan bersilih ganti penghuninya
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT DAMAR
Nun Tersergam Indah
Sekolah Yang Maju
Disemua Bidang
Untuk Masa Depan
Kami Murid Setia
Kan Terus Belajar
Takkan Persiakan
Harapan Ibunda
Sekolah (Sekolah)
Kebangsaan (Kebangsaan)
Lktp Bukit Damar
Menjadi (Menjadi)
Kebanggaan (Kebanggaan)
Kepada Kita Semua
Lagu : Abdul Manan Hj. Maulud
Lirik : Abdul Manan Hj. Maulud, Ahmad Shafie
Gubahan Semula : Afzainizam Ismail